International Federation of Environmental Health (IFEH) yang beribu pejabat di London, United
Kingdom merupakan pertubuhan yang
menaungi pengamal kesihatan di seluruh dunia
dan dianggotai oleh persatuan dalam
bidang kesihatan persekitaran daripada 42 negara. Negara kita telah diwakili
oleh Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH).
Majlis
Mesyuarat IFEH yang bersidang di Bali Indonesia pada 2011 telah mengistiharkan tanggal 26 September setiap tahun adalah Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (WEHD)
dan sambutan ini akan diraikan setiap tahun di seluruh dunia oleh pertubuhan serta badan-badan berkepentingan dalam bidang
kesihatan persekitaran di seluruh dunia.
Deklarasi Sambutan WEHD Tahun 2011 ada disini. Di Sambutan ini juga sebuah lagu dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Universiti of Indonesia yang terlibat dengan 'Kesihatan Persekitaran' bersama dengan semua delegasi IFEH yang ditujukan khas bagi meraikan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran ketika itu. Nyanyian dan Lirik lagu tersebut ada disini. Jom sama2 kita dengarkan dan hayati..mana tau satu masa nanti kita di Malaysia ni pulak nak sumbangkan sebuah lagu sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran di masa akan datang.... :)
![]() |
Pengisytiharan WEHD oleh IFEH di Bali pada 20 September 2011 |
Tujuan pengisytiharan
ini adalah menunjukan kepentingan bidang kesihatan persekitaran dan peranan pengamalnya dalam melaksanakan langkah pencegahan dan
pengawalan faktor-faktor biologikal, kimia dan fizikal, yang menjejas dan mengancam kesihatan serta kesejahteraan
manusia sejagat. Mulai
tarikh itu, sambutan ini telah diraikan oleh pengamal kesihatan persekitaran di
seluruh dunia.
Setiap tahun IFEH telah menetapkan tema sambutan yang tertentu bagi WEHD. Berikut adalah tema
sambutan mulai tahun 2012 hingga 2016
2012- “Building
for the future”
2013 - ”Emerging
Environmental Health Risk & Challenges
for Tommorow”
2014 - ”Addressing Environmental Health
Inequalities”
2015 - “Children are our future let’s protect their Environment and Healths”
2016 - “Tobacco Control… a response to the global tobacco pandemic”
Ketahui Sambutan WEHD di luar negara & dalam negara kita selepas ini...
nantikan Bahagian II
No comments:
Post a Comment