Buat kali pertama dalam sejarah kesihatan persekitaran, kita selaku pengamal keshatan persekitaran seharusnya berbangga apabila perkara sebegini dapat di'highlight' di media massa utama. Diharapkan ini sebagai langkah permulaan kita untuk menapak lebih jauh dalam menyampaikan maklumat melalui media massa. Sokongan semua pihak dalam menjayakan penerbitan siaran secara langsung ini, terutama buat Timbalan Presiden KIKSM, Saudara Zool Asmani bin Mahmood yang bertungkus lumus berhadapan dengan penerbit Rancangan Selamat Pagi Malaysia untuk merealisasikan untuk kita ke udara.
Buat En. Tee Eng Ong, Pengerusi Sambutan WEHD kali ini, juga selaku Presiden MAEH juga tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera, dapat bersedia dengan soalan & jawapan yang diberikan walaupun masa yang diberikan hanya 10 - 15 minit sahaja.
Buat semua rakan pengamal kesihatan persekitaran yang berada di belakang tabir (menyediakan skrip, menyediakan promo serta gambar) bagi menjayakan siaran secara langsung ini kita harus ucapan setinggi tahniah dan penghargaan yang tinggi buat mereka. Dan yang pastinya semua dapat berganding tenaga, masa yang singkat dalam merealisasikan siaran secara langsung ini.
TAHNIAH BUAT SEMUA YER!!!
Saksikan rakaman siaran langsung tersebut disini ye : TQ rakan kita (sdra ise lapotte:fb) yang dapat capture siaran secara langsung ini....:)
![]() |
| Saudara Zool Asmani & En. Tee bersama Penerbit |



No comments:
Post a Comment