Sunday, August 21, 2016

Tahukah Kita Sejarah WEHD? Bahagian I


International Federation of Environmental Health (IFEH) yang beribu pejabat di London, United Kingdom  merupakan pertubuhan yang menaungi pengamal kesihatan di seluruh dunia dan dianggotai oleh  persatuan dalam bidang kesihatan persekitaran daripada 42 negara. Negara kita telah diwakili oleh Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH).

Majlis Mesyuarat IFEH yang bersidang di Bali Indonesia pada 2011 telah mengistiharkan tanggal 26 September setiap tahun adalah  Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (WEHD) dan sambutan ini akan diraikan setiap tahun di seluruh dunia  oleh pertubuhan serta  badan-badan berkepentingan dalam bidang kesihatan persekitaran di seluruh dunia.
Deklarasi Sambutan WEHD Tahun 2011 ada disini. Di Sambutan ini juga sebuah lagu dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Universiti of Indonesia yang terlibat dengan 'Kesihatan Persekitaran' bersama dengan semua delegasi IFEH yang ditujukan khas bagi meraikan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran ketika itu. Nyanyian dan Lirik lagu tersebut ada disini. Jom sama2 kita dengarkan dan hayati..mana tau satu masa nanti kita di Malaysia ni pulak nak sumbangkan sebuah lagu sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran di masa akan datang.... :)

Pengisytiharan WEHD oleh IFEH di Bali pada 20 September 2011


Tujuan pengisytiharan ini adalah menunjukan kepentingan bidang kesihatan persekitaran dan  peranan pengamalnya  dalam melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan faktor-faktor biologikal, kimia dan fizikal,  yang menjejas dan mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat. Mulai tarikh itu, sambutan ini telah diraikan oleh pengamal kesihatan persekitaran di seluruh dunia.

Setiap tahun  IFEH telah menetapkan tema sambutan yang  tertentu bagi WEHD. Berikut adalah tema sambutan mulai tahun 2012 hingga 2016

2012- “Building for the future”
2013 - ”Emerging Environmental Health Risk & Challenges   for Tommorow”
2014 - Addressing Environmental Health Inequalities”
2015 - “Children are our future let’s protect their Environment  and Healths”
2016 - “Tobacco Control… a response to the global tobacco pandemic”


Ketahui Sambutan WEHD di luar negara & dalam negara kita selepas ini...
nantikan Bahagian II

No comments:

Post a Comment