Wednesday, August 24, 2016

Tahukah Kita Sejarah WEHD? Bahagian II

Entri kali ni adalah sambungan dari Sejarah WEHD Bahagian I....

Sambutan WEHD di Semua Negara bermula tahun 2012




Di Malaysia WEHD telah disambut setiap tahun  bermula pada tahun 2012, melalui penganjuran bersama oleh Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia         (MAEH), Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM), Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM),  Kesatuan Inspektor Kesihatan  Sarawak (KIK Sarawak)  dan Kesatuan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKP Sabah). 


Pada Tahun 2012, sambutan WEHD telah diadakan di Putrajaya 




Manakala Pada Tajun 2013, Sambutan WEHD di adakan di Institut Latihan Bandaraya Kuala Lumpur
Pada Tahun 2014, Penganjur Bersama KIKSM - MAEH - EHOM telah berjaya mengadakan sambutan WEHD selama dua hari iaitu 25 - 26 September 2014 yang di adakan di Melaka. Manakala Perasmian Sambutan di adakan di MTC Melaka.

Bersama ini disediakan rakaman video yang dijalankan untuk 2 hari tersebut sealain dari video rakaman yang telah dibuat secara rasmi untuk majlis perasmian.

Video Rakaman Hari Pertama 1 Sambutan dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka ketika itu. Mega Outreaxh dijalankan selepas itu
150 peserta akan terlibat dalam menjalankan aktiviti menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat di sekitar Mydin Hypermarket di Ayer Keroh berkaitan 3 aspek utama :
      1.  Keselamatan Makanan
      2.  Melaka Bebas Denggi
      3.  Melaka Bebas Asap Rokok

Video Rakaman Hari Kedua Sambutan WEHD melibatkan beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna, Pertandingan Poster di pelajar IPTA/IPTS serta rekecipat video pendek. Pameran daripada agensi luar serta syarikat yang terlibat dengan kesihatan persekitaran juga diadakan.
Selain itu satu seminar CIDB juga diadakan di auditorium MITC Melaka.
Manakala Program Perasmian telah disempurnakan oleh YB Timbalan Meneteri Kesihatan Malaysia.






Laman Web Blogspot bagi sambutan WEHD 2014 masih lagi boleh di layari disini....


Pada tahun 2015, Penganjuran WEHD telah beralih ke negeri Sarawak, di mana ia diadakan di peringkat antarabangsa dengan penglibatan dari Interbational Federation of Environmental Health. Suatu Sambutan yang sangat-sangat berjaya dipentas antarabangsa.



Alhamdulillah semua sambutan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar, semoga mereka yang hadir sentiasa memperingati sambutan ini dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan pengamal kesihatan persekitaran yang lain..

JOM kita jumpa lagi di SEGAMAT NANTI!!!!

No comments:

Post a Comment